Monday, August 16, 2010

Housemateku kembali

setelah hampir 2 bulan aku tinggal sorang2 kat rumah besar nh..hari nh akhirnya housemate aku dah balik. Diorang da abis kursus dan cuti panjang.. Tak de la aku busan sangat duk sorang-sorang after this.. And I'm start to feel happy again.. No more sedih-sedih or tensen-tensen bile duk sorang-sorang. Tak payah lagi nk cakap dengan dinding (so awkward).. At least riuh la jugak rumah nh seperti sediakala. And I'm looking forward. Leave the past behind. Put a smile again. Have a happy friendship with everyone..

Saturday, August 14, 2010

Ungu: Dilema Cinta



Lirik Lagu Ungu – Dilema Cinta



Seberapa salahkah diriku

Hingga kau sakiti aku begitu menusukku

Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka



Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu


Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ’tuk di sisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu


http://www.youtube.com/watch?v=Bcq7CrM_jAM&feature=related



Friday, August 13, 2010

Night Shift

Night shift kat sini bukan bermaksud sy bekerja shif malam ek. Tp tentang tabiat baru saya yang suka tidur di siang hari and berjaga-jaga di malam hari. Pagi of course la kerja, tapi balik jer kerja terus tidak sedarkan diri selama 1 hingga 3 jam. (Dashat gak minah nh,kuat tidur rupanya,kantoii..) Lepas tu time malam mula la asek tak boleh nk tdo malam. Kalau rajin wat la kerja-kerja yang terbengkalai. Tp selalunya tak..ahaks..selalunya layan muvie ke radio era ke..(segmen jiwa kacau bersama Burn mmg menjadi kegemaran terbaru), tak pun layan laptop n broadband..sampai la kul 1-2 pagi pn xpe. Esoknya mula la liat nk bangun pg..

Begitu la rutin sehari-hari semenjak dua menjak ini..

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Rahmat Dari Ilahi

Tahun berganti tahun. Masa berlalu dengan pantas. Dan tanpa disedari kita telah bertemu dengan Ramadhan yang mulia sekali lagi. Terlalu banyak hikmah dan peluang yang dibawa oleh bulan mulia ini. Tepuk dada, tanya lah iman. Di sini, saya bukan nak memberi tazkirah. Saya sedar sy insan yang tak sempurna. Belum layak untuk memberi tazkirah, namun sekadar ingatan untuk kita bersama, apalah salahnya kan.


Bulan Ramadhan kali ini saya menyambutnya sendirian di sini. Jauh dari keluarga, saudara mara atau teman rapat. Dan tidak lagi ditemani oleh insan yang tersayang. Tapi tak mengapa, ada hikmah di sebalik setiap apa yang terjadi. Mungkin ia memberi peluang kepada saya untuk lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Pengasih. Selama ini sy selalu melupakan_Nya disaat diri ini sedang berbahagia.


Baik lah. Kita kembali kepada mood yang lebih ceria. Banyak kenangan manis semasa bulan puasa. Dari kecil hingga dewasa. Sy pernah merasai pengalaman berpuasa di banyak tempat. Di desa, di kota malah di pedalaman yang terpencil juga pernah. Jadi sy tak mendambakan juadah yang enak2 atau pelbagai kuih muih yang menyelerakan.. Cukuplah sekadar apa yang ada. Tak perlu lah setiap hari nk bersesak-sesak ke bazar ramadhan semata-mata nak mencari juadah istimewa. Sy selesa dengan kesederhanaan. Beli banyak-banyak bukan nye larat nak makan pun kan..membazir jek.


Tapi harapan sy pada bulan ramadhan ini supaya sy beroleh ketenangan dan petunjuk tentang hala tuju hidup saya selepas ini. Sebelum ini, sy selalu membuat keputusan mengikut hati dan perasaan tanpa memikirkan kesan dan akibat yang bakal ditempuhi. Tahun ini sy telah mendapat suatu pengajaran yang cukup menyentap jiwa. Ia membuat sy sedar, tiada siapa yang benar-benar kita boleh gantungkan 100 peratus harapan kerana apabila mereka berpaling dari kita, sakitnya tidak tertanggung. Hanya Allah saja tempat mengadu yang tak pernah akan tinggalkan kita..Ya Allah berilah aku ketenangan supaya aku dapat melalui segala dugaanmu dengan tabah..


Tuesday, August 10, 2010

Doa Melupakan Kekasih Lama

Bagi sesiapa yang mangalami masalah tidak dapat melupakan kekasih lama, sila amalkan doa di bawah ini selepas solat. Insya Allah korang akan dapat lupakan dan hati korang akan tenang. 


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku 
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku 
Tetapkan lah kemesraan antara kami 
Agar kebahagiaan ini kekal abadi 

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku 
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini 
Ke tepian yang sejahtera 

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih 
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku 
Bawalah dia jauh dari pandangan ku 
Luput dari ingatan ku 
Dan peliharalah aku dari kecewa 

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti 
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit 
Hilang bersama senja nan merah 
Dan gelap pekat awan 
Agar aku bisa bahagia 
Walaupun tanpa dirinya 

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku 
Biar sekuat mana aku menyintainya 
Aku pohon agar Tuhanku 
Melenyapkan perasaan ini 
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku 

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku 
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya 
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU 

Amin.



Monday, August 2, 2010

Matahariku



Susahnya nk melupakan dirinya. Bayangannya selalu ada di mana-mana. Kadang-kadang aku hairan bagaimana orang lain boleh melaluinya. Bagi aku, melupakan seseorang yang sangat disayangi terlalu sukar untuk dilakukan. Selama bertahun-tahun, hanya dirinya berada dalam hati ini. Bagaimana harus aku membuang dirinya dengan sekelip mata? Walaupun dia tega membuang aku dan menyakitiku berulang kali, namun aku tetap tidak dapat membenci dirinya. Analoginya bagai kasih seorang ibu terhadap anaknya. Walaupun si anak selalu menyakiti dan membenci namun hati sang ibu tak pernah berhenti daripada menyayangi anaknya. Kerana kasihnya itu adalah fitrah yang lahir dari jiwa. Bukan dipaksa dan bukan mengharapkan balasan.


Aku tak pernah menyalahkan dirinya di atas setiap perbuatannya biarpun pahit bak hempedu untuk aku telan. Aku cuma berharap dia dapat memahami dan merasakan apa yang aku rasai ketika dia membuang aku jauh dari hidupnya. Terasa bagai hilang dahan untuk berpaut. Rasa keseorangan dan kekosongan. Dan aku takut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang sendirian. Aku hilang keyakinan pada diri sendiri. Aku mula memikirkan perkara-perkara yang negatif.


Aku sedar. Malah cukup sedar. Aku tak boleh terus-terusan meratapi nasibku dan menganggap diriku mangsa keadaan. Ia tak akan merubah apa yang telah berlaku. Aku harus bangkit. Memang sukar namun inilah kenyataannya. Aku harus meneruskan hidupku dengan lebih baik. Hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak lagi amanah dan tuntutan untuk kupenuhi. 


Walaupun perasaanku amat rapuh, namun aku terus memujuk diri ini supaya redha dan bersabar menghadapi dugaan ini. Sekali sekala cuma air mata yang setia menemani. Hanya doa yang menjadi kekuatanku. 


Dengarlah matahariku
Suara tangisan daku
Ku bersedih kerna panah cinta
menusuk jantungku



Sunday, August 1, 2010

Thats so true..I experienced it..

10 PERKARA - BUKTI LELAKI KADANG-KADANG RUMIT

1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.