Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Rahmat Dari Ilahi

Tahun berganti tahun. Masa berlalu dengan pantas. Dan tanpa disedari kita telah bertemu dengan Ramadhan yang mulia sekali lagi. Terlalu banyak hikmah dan peluang yang dibawa oleh bulan mulia ini. Tepuk dada, tanya lah iman. Di sini, saya bukan nak memberi tazkirah. Saya sedar sy insan yang tak sempurna. Belum layak untuk memberi tazkirah, namun sekadar ingatan untuk kita bersama, apalah salahnya kan.


Bulan Ramadhan kali ini saya menyambutnya sendirian di sini. Jauh dari keluarga, saudara mara atau teman rapat. Dan tidak lagi ditemani oleh insan yang tersayang. Tapi tak mengapa, ada hikmah di sebalik setiap apa yang terjadi. Mungkin ia memberi peluang kepada saya untuk lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Pengasih. Selama ini sy selalu melupakan_Nya disaat diri ini sedang berbahagia.


Baik lah. Kita kembali kepada mood yang lebih ceria. Banyak kenangan manis semasa bulan puasa. Dari kecil hingga dewasa. Sy pernah merasai pengalaman berpuasa di banyak tempat. Di desa, di kota malah di pedalaman yang terpencil juga pernah. Jadi sy tak mendambakan juadah yang enak2 atau pelbagai kuih muih yang menyelerakan.. Cukuplah sekadar apa yang ada. Tak perlu lah setiap hari nk bersesak-sesak ke bazar ramadhan semata-mata nak mencari juadah istimewa. Sy selesa dengan kesederhanaan. Beli banyak-banyak bukan nye larat nak makan pun kan..membazir jek.


Tapi harapan sy pada bulan ramadhan ini supaya sy beroleh ketenangan dan petunjuk tentang hala tuju hidup saya selepas ini. Sebelum ini, sy selalu membuat keputusan mengikut hati dan perasaan tanpa memikirkan kesan dan akibat yang bakal ditempuhi. Tahun ini sy telah mendapat suatu pengajaran yang cukup menyentap jiwa. Ia membuat sy sedar, tiada siapa yang benar-benar kita boleh gantungkan 100 peratus harapan kerana apabila mereka berpaling dari kita, sakitnya tidak tertanggung. Hanya Allah saja tempat mengadu yang tak pernah akan tinggalkan kita..Ya Allah berilah aku ketenangan supaya aku dapat melalui segala dugaanmu dengan tabah..


2 comments:

  1. salam aya..ni adah...hehehe

    salam ramadhan..bile nak berbuka sama2...:)

    dtg la jenguk blog adah
    http://mwdah.blogspot.com

    happy blogging...

    ReplyDelete
  2. do follow mine too..

    http://blusher-eyeshadow.blogspot.com

    ReplyDelete